Crochet jadi hobi baru PKPB ni
Wednesday, October 28, 2020Hai.
Dah lama sangat rasanya PKPB ni walaupun 14 hari. Dalam tempoh ni aku tak keluar rumah langsung. Beli barang dapur ke apa pergi kedai runcit jalan kaki dekat sebelah rumah je pon. Keluar 200 meter lebih dari kawasan rumah tu tak pernah lagi setakat 14 hari ni.
Lepas tak boleh nak sambung penpal sbb pos tutup international courier service, aku cuba lah cari hobi baru. Takkan nak tengok henfon je dah bosan. Bila google jumpa lah kait kait benang. Namanya Crochet. Cara kait dia menggunakan satu rod yg hujungnya berbentuk cangkuk.
So mula PKP Mac haritu aku start lah beli benang kait 'yarn' dengan cangkuk dia tu 'crook hood pen'. Belajar mula-mula sakit tangan sebab nak belajar masuk benang simpul-simpul. Lama-lama cuba dah boleh dah kait bentuk-bentuk. Senang je. Boleh try crochet ni kalau dah tak tau nak buat apa dekat rumah. Hehehe. So hasilnya aku buat bentuk tikus untuk kucing aku. Comel tak?
0 comments