Pekerjaan aku tak tetap. Paling lama bertahan pun dalam 6 bulan. Itu paling lama lah. Time tu pulak tengah viral GRADUAN MENG-ANGGUR. Demi berbalah statement tersebut, aku kuatkan diri. Aku cakap dengan diri yang aku nak jadi orang, bukan anggur. Hahahaha.. Jadi aku cari kerja di mana aku bertahan sampai sekarang ni. Pembantu akauntan.
Walaupun gaji aku masih tahap minima tapi aku bersyukur sebab dapat pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang. Setahun lebih dekat company sekarang ni dan aku masih bertahan. In syaa allah.
Hari demi sehari aku ikut perkembangan kawan-kawan sediploma aku dulu. Dorang sambung degree. Memang aku pernah terfikir nak sambung belajar lagi tapi aku tahu belum masanya lagi. Sampailah mak aku bagi GREENLIGHT untuk sambung degree perjalanan jarak jauh atau dikenali sebagai PJJ.
Aku ambil degree akaun, masuk pada Febuari 2017. Aku tahu aku agak lewat berbanding kawan-kawan yang lain sebab dorang dah pertengahan degree akaun. Aku pulak baru nak masuk. Aku kuatkan semangat. Mulanya aku tak tahu prosedur nak masuk pjj ni macam mana tapi alhamdulillah dapat kenalan yg juga pjj akaun sama dengan aku.
Degree pjj akaun ni ada 11 semester dan ambil masa 5 tahun lebih untuk habiskan pengajian. Alhamdulillah aku dapat pengecualian kredit dan masuk sahaja semester 1 aku melangkau ke semester 4. So sekarang ni aku semester 5 dan bakal tempuhi final exam pada bulan Januari 2018.
Cara-cara dan langkah prosedur nanti aku akan share dkt blog ni. Mana tahu boleh bantu korang yang teringin nak sambung belajar pjj. Pjj degree uitm. Aku dah tulis prosedur tu dalam nota, nanti kalau ada kesempatan aku huraikan lagi prosedur tu dan tulis dalam blog ni ye.
Bagi yang belum berkesempatan nak sambung belajar, takper, ada masa ni perlahan-lahan take your time and decide. Aku dah isi UPU 2 kali kena reject. Tunggu dekat 2 tahun tapi takde panggilan ke mana-mana uni. Mungkin sebab gred pon cukup-cukup makan je so tu yang kena reject. Utk pjj ni senang sikit, dia terima je gred yg cukup-cukup makan macam aku ni. I'm thankful enough for that. That's all for this entry. See you around.